suria

Presiden Venezuela Umum Naib Presiden Baru

CARACAS, Venezuela: Presiden Venezuela, Huqo Chavez menamakan naib presiden baru pada Rabu, dengan memilih menteri luarnya yang berkhidmat sejak sekian lama, Nicholas Maduro.

Chavez membuat pengumuman itu di sebuah majlis di mana beliau mengumumkan calon berpresiden yang menang dalam pilihan raya.

Beliau meminta tepukan diberikan kepada naib presiden yang akan berundur iaitu Elia Jaua yang memegang jawatan itu sejak 2010 dan kini sedang bersaing untuk jawatan gabenor dalam pilihan raya pada Disember.

Maduro merupakan diplomat tertinggi Venezuela sejak 2006, dan beliau menjadi tokoh penting dalam kerajaan sejak beberapa bulan telah menimbulkan spekulasi bahawa Chavez akan memilihnya sebagai naib presiden.

Chavez berhadapan dengan kesukaran baru-baru ini kerana menghidap kanser yang turut menimbulkan persoalan mengenai siapakah yang akan menggantikannya sekiranya beliau sakit atau kedudukan semakin buruk.

Bagaimanapun, Chavez pada Jun berkata, selepas setahun menjalani rawatan kanser yang turut melibatkan beberapa pembedahan, kemoterapi dan rawatan radiasi, ujian menunjukkan bahawa beliau sudah bebas daripada kanser.

Presiden tersebut menyifatkan Maduro yang berusia 49 tahun itu sebagai “seorang penjawat awam yang baik sejak beberapa tahun dalam pelbagai kesukaran dan perjuangan.”

Artikel Lain