suria

Tujuh Terbunuh Dalam Banjir Di Wilayah Dagestan Rusia

MOSCOW: Hujan lebat menyebabkan banjir mengorbankan tujuh orang di wilayah selatan Rusia Dagestan pada Rabu, kata Kementerian Situasi Kecemasan.

Kira-kira 320 rumah di bandar Laut Kaspia Derbent di Pergunungan Caucasus ditenggelami air dan tujuh mayat ditemui, kata kementerian itu.

Banjir kilat membunuh 171 orang pada bulan Ogos di Caucasus di bandar rantau Krasnodar Krymsk, di mana penduduk berkata mereka tidak menerima amaran bahaya.

Presiden Vladimir Putin melawat kawasan tersebut menyebabkan beberapa pegawai tempatanh dipecat dan ditahan.

Di Derbent, amaran telah dikeluarkan dari pembesar suara di masjid dan dipasang pada kereta yang dihantar di sekitar bandar di wilayah kebanyakannya Islam, lapor radio Ekho Moskvy. Reuters

Artikel Lain