suria

Lelaki Mati Selepas Sertai Peraduan Makan Serangga di AS

MIAMI: Pemenang pertandingan makan serangga di selatan Florida mati sebaik selepas menelan berdozen serangga hidup termasuk cacing, kata pihak berkuasa pada Selasa.

Kira-kira 30 peserta perlu makan serangga pada pertandingan Jumaat lalu di Ben Siegel Reptile Store, Deerfield Beach kira-kira 64 kilometer utara Miami. Hadiah utama ialah ular.

Edward Archbold, 32, dikatakan tidak sihat selepas pertandingan itu tamat dan pengsan di hadapan kedai berkenaan.

Dia dibawa ke hospital dan kemudiannya disahkan meninggal dunia dan pihak berkuasa sedang menunggu hasil bedah siasat bagi menentukan punca kematian. - AP

Artikel Lain