suria

Lebih 30 Orang Awam Dibunuh Tentera Nigeria

MAIDUGURI: Tentera Nigeria yang berang terhadap kematian seorang pegawainya bertindak menembak mati lebih 30 orang awam di timur laut bandar yang dikuasai puak radikal Islam.

Serangan itu dilakukan oleh anggota unit khas tentera yang berkawal di Maiduguri iaitu ibu pejabat puak Boko Haram bertujuan untuk melindungi rakyat daripada keganasan yang mencengkam bandar berkenaan.

Pembunuhan berkenaan hampir pasti membangkitkan kemarahan penduduk yang perlu diperiksa apabila melalui pusat pemeriksaan, gangguan pihak tentera dan ancaman bunuh oleh askar yang menjadikan Boko Haram sebagai sasaran akibat meningkatnya serangan berdarah gerila. - AP

Artikel Lain