suria

Ribut Tropika Gaemi Landa Thailand Semakin Lemah

BANGKOK: Ribut tropika Gaemi yang sebelum ini diramalkan teruk melanda negara ini, semakin lemah pada Isnin.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Somchai Baimuang berkata keseluruhan hujan juga tidak lebat seperti yang dijangkakan sebelum ini.

Pada mulanya, ribut diramal menyebabkan hujan lebat dan banjir terutama di kawasan utara, timur laut dan tengah termasuk di ibu negara ini selama lima hari bermula Khamis lepas dengan keadaan yang paling membimbangkan diramalkan berlaku hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata 13 wilayah di tiga kawasan masih boleh mengalami hujan lebat.

Berdasarkan banjir teruk tahun lepas yang dialami Thailand, negara ini telah membuat persediaan termasuk mengawal paras air di empangan, membina tembok banjir dan membersihkan sistem perparitan kerana menjangkakan berlakunya ribut.

Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Chatchai Promlert berkata sembilan wilayah di utara dan timur Thailand masih dilanda banjir dan lebih 260,000 penduduk terjejas. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain