suria

Juruterbang Terbunuh Dalam Kemalangan Pesawat Kecil Di Antigua

KINGSTON: Syarikat penerbangan Caribbean berkata salah sebuah pesawat kecil milik mereka terhempas semasa berlepas di lapangan terbang Antigua di Jamaica yang telah membunuh juruterbang.

Sementara status tiga penumpang pesawat FlyMontserrat itu masih belum diterima selepas kemalangan yang berlaku di Lapangan Terbang Antarabangsa V.C. Bird pada Ahad.

Jurucakap FlyMontserrat Karen Allen berkata, dia hanya boleh mengesahkan kematian seorang juruterbang.

Allen berkata syarikat penerbangan itu masih mengumpul maklumat mengenai kemalangan itu dan akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi dalam masa terdekat. AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain