suria

Pelancong Amerika Amok Tembak Mati Kakitangan Sebuah Resort Di Israel

JERUSALEM: Seorang pelancong warganegara Amerika, mengamuk di lobi sebuah pusat peranginan terkenal di bandar Eilat berhampiran Laut Merah sehingga menyebabkan seorang kakitangan hotel terkorban.

Dia kemudiannya terbunuh ditembak oleh anggota keselamatan.

Kejadian amok itu berlaku di Hotel Leonardo Club, iaitu sebuah pusat peranginan di pesisir pantai Laut Merah yang penuh dengan pelancong asing dan juga pelancong tempatan.

Jurucakap polis, Micky Rosenfeld mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi oleh agensi berita AFP.

Menurut polis lagi, lelaki berkenaan pada mula telah menyerbu ke dapur hotel lalu mengurung dirinya di situ sebelum pihak hotel menghubungi polis.

Ketika pihak berkuasa sedang memujuknya untuk menyerah diri, pelancong Amerika itu telah melepaskan tembakan yang menyebabkan polis melepaskan tembakan balas lalu mengorbankannya.

Sebelum itu, lelaki berkenaan telah merampas sepucuk pistol daripada seorang pengawal keselamatan dan kemudian menembak mati seorang kakitangan hotel.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain