BANGKOK: Thailand sedang bersiap sedia bagi menghadapi ribut tropika Gaemi yang dijangka menyebabkan hujan lebat di seluruh negara selama lima hari mulai esok.Jabatan Meteorologi melalui laman webnya memberi amaran kepada nelayan-nelayan bot kecil agar tidak turun ke laut berikutan ramalan ombak setinggi antara dua hingga tiga meter di Teluk Thai dan Laut Andaman. Empangan-empangan utama di seluruh negara telah melepaskan air bagi menghadapi pengaliran masuk air daripada ribut tropika itu.Sementara itu, Ketua Pengarah Jabatan Pencegahan Bencana dan Mitigasi Chatchai Promlert berkata beberapa tempat di sembilan wilayah masih dilanda banjir yang menjejaskan 224,126 orang dari 90,031 keluarga di 1,738 kampung.Wilayah-wilayah terbabit adalah Angthong, Chacherngsao, Nakornsri, Ayuthaya, Pitsanulok, Supanburi, Pijit, Nakornprathom dan Samutprakarn. -BERNAMA