suria

Perusuh Serang Bangunan Kerajaan Di Kyrgyzstan

BISHKEK, Kyrftzstan: Sekumpulan perusuh bertembung dengan anggota polis dan cuba untuk memecah masuk ke bangunan Parlimen dan pejabat kerajaan di Kyrgyzstan pada Rabu, dalam satu perhimpunan bagi mendesak supaya perdana menteri dan pemimpin tertinggi lain meletakkan jawatan.

Anggota polis mengawal bangunan kerajaan yang dikenali sebagai Rumah Putih, menggunakan anjing dan bom asap bagi mengusir perdana menteri dan para pemimpin lain.

Kira-kira 1,000 orang berkumpul di tengah-tengah bandar untuk perhimpunan itu, yang dianjurkan oleh ahli politik nasionalis, Sapar Zhaparov dan Kamchibek Tashiyev, yang kononnya mahu menuntut nasionalisasi lombong emas yang kontroversi di timur bagi negara Asia Tengah.

Kyrgyzstan, sebuah negara yang mempunyai 5 juta orang di kawasan pergunungan, di sempadan barat China, telah menjadi isu sejak beberapa tahun kerana ia akan menjadi pangkalan udara Amerika Syarikat (AS) bagi menyokong operasi tentera di kawasan berhampiran Afghanistan.

Kyrgyzstan pada masa ini dipimpin oleh sebuah gabungan parlimen yang luas di bawah Perdana Menteri, Zhantoto Satybaldiyev. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain