suria

Mike Tyson Dihalang Memasuki New Zealand

WELLINGTON: Kerajaan New Zealand menyekat bekas juara tinju heavyweight yang disabitkan kesalahan merogol, Mike Tyson daripada memasuki negara terbabit.

Tyson pada asalnya diberikan visa oleh Perdana Menteri, John Key untuk melawat negara itu pada November bagi menghadiri majlis amal.

Namun, Menteri Imigresen, Kate Wilkinson berkata visa itu sudah dibatalkan selepas penaja acara, Amanah Hayat Pendidikan, membuat kenyataan untuk tidak mahu terbabit dengan lawatan Tyson.

"Memandangkan Tabung Amanah tidak lagi menyokong acara itu, jadi, saya sudah membuat keputusan untuk membatalkan visa beliau daripada memasuki New Zealand," kata menteri itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain