suria

Dakwaan Rogol Terhadap Strauss-Kahn Digugurkan

LILLE, Perancis: Pihak pendakwa raya Perancis, menggugurkan dakwaan rogol ke atas bekas Pengarah Urusan Dana Kewangan Antarabangsa (IMF), Dominic Strauss-Kahn.

Keputusan itu dibuat selepas seorang wanita Belgium yang sebelum ini mendakwa menjadi mangsa rogol Strauss-Kahn menarik balik dakwaannya dan menyatakan perbuatan itu mendapat persetujuannya.

Terdahulu, Strauss-Kahn, 63, menafikan semua dakwaan keatasnya, termasuk tuduhan melanggan pelacur di Washington pada 2010. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain