Anggota Peronda Sempadan Ditembak Mati Semasa Bertugas - Dunia | mStar

Anggota Peronda Sempadan Ditembak Mati Semasa Bertugas

NACO, Arizona: Seorang anggota peronda sempadan ditembak mati pada Selasa (waktu tempatan) di Arizona dekat sempadan Mexico.

Ejen itu, Nicholas Ivie yang berusia 30 tahun itu bersama rakan setugasnya sedang membuat rondaan dekat Naco, kira-kira 160 kilometer dari Tuscon, apabila tembakan dilepaskan sejurus sebelum pukul 2 pagi, kata Peronda Sempadan.

Ejen kedua ditembak pada buku lali dan punggung, tetapi dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pihak berkuasa tidak dapat mengenal pasti ejen yang cedera dan tidak berkata sama terdapat senjata yang dijumpai di lokasi kejadian.

Dalam satu sidang media di Naco, pegawai Biro Siasatan Persekutuan (FBI) berkata, agensi itu sedang menjalankan siasatan di lokasi jenayah dan ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk diselesaikan.

Tiada penahanan dibuat setakat ini, tetapi pihak berkuasa mensyaki bahawa terdapat lebih seorang yang melepaskan tembakan kepada kedua-dua ejen itu. – AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bas Terjunam Dalam Gaung: 22 Maut di Peru

Artikel Berkaitan

default image

455 Badak Sumbu di Afrika Dibunuh

Artikel Lain

Sufi selamat bergelar suami Nurulain

Timbalan menteri di JPM meninggal dunia