Pesawat Aerobatik 202 Bravo Terhempas, Dua Maut - Dunia | mStar

Pesawat Aerobatik 202 Bravo Terhempas, Dua Maut

JAKARTA: Sebuah pesawat 202 Bravo yang sedang mengadakan pertunjukan aerobatik di Bandung Air Show (BAS) 2012 di Pangkalan Udara Husein Sastranegara, Bandung terhempas pada Sabtu, mengakibatkan juruterbang dan pembantu juruterbangnya maut.

Pesawat itu jatuh di kawasan bangunan Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI-AU). Mangsa yang terbunuh merupakan bekas pegawai TNI-AU.

Jurucakap Kementerian Perhubungan Indonesia berkata kejadian berlaku pada kira-kira 11.42 pagi, iaitu lima minit selepas pesawat itu berlepas untuk persembahan aerobatik di pertunjukan udara itu.

Berikutan kejadian itu, pihak penganjur telah membatalkan acara pertunjukan udara seterusnya sebagai tanda berkabung.

Bandung Air Show 2012, satu daripada acara sambutan ulang tahun ke-202 Kota Bandung yang memasuki hari ketiga pada hari ini, diteruskan hanya dengan acara pameran.

Sejumlah 28 pesawat termasuk dari beberapa negara seperti Malaysia, Singapura, Filipina, Amerika dan Australia mengambil bahagian dalam acara pertunjukan udara yang dijadual berlangsung empat hari mulai 27 September. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Pesawat Terhempas, 19 Dipercayai Maut di Nepal

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain