suria

Pembikin Filem Anti-Islam Ditahan Di Penjara Persekutuan Los Angeles

LOS ANGELES: Pembikin filem anti-Islam dari California yang mencetuskan bantahan ganas di seluruh dunia Islam ditahan di penjara tinggi persekutuan di Los Angeles pada Jumaat terhadap dakwaan perlanggaran akhlak, kata seorang pegawai penjara.

Seorang pegawai, atas sebab keselamatan, membisu tentang keadaan Nakoula Basseley, termasuk sama ada dia sedang ditahan bersama banduan biasa atau diasingkan daripada banduan lain.

"Dia berada di Pusat Tahanan Metropolitan," kata Chris Burke, seorang jurucakap Biro Penjara persekutuan, sambil menambah pusat itu menampung 969 banduan.

Nakoula digambarkan sebagai pengeluar video ganas berdurasi 13 minit yang difilemkan di California dan disiarkan dalam talian di bawah beberapa tajuk termasuk "Innocence of Muslims" Ia menggambarkan Nabi Muhammad sebagai bodoh dan sesat seksual.

Klip tersebut mencetuskan pergolakan anti-Amerika di Mesir, Libya dan banyak lagi negara-negara Islam sejak dua minggu lalu.

Keganasan turut menyebabkan serangan ke atas kemudahan diplomatik AS di Benghazi yang mengorbankan empat rakyat Amerika, termasuk duta AS ke Libya.

Nakoula, yang bersembunyi daripada umum di tengah-tengah kemarahan terhadap filem sejak dua minggu lepas itu telah ditangkap dan diperintahkan dipenjara pada Khamis atas tuduhan melanggar syarat pembebasannya dari penjara pada 2011 terhadap sabitan penipuan bank.

Peguam Nakoula, Steve Seiden, memetik ancaman terhadap pembuat filem itu, berhujah bahawa keputusan mahkamah menahan Nakoula di Pusat Tahanan Metropolitan akan membahayakan anak guamnya "kerana penduduk Islam yang besar di sana."

Peguamnya, pada Jumaat, enggan mengulas melalui jurucakap tentang penahanan Nakoula, selain mengatakan bahawa mereka terus bimbang tentang keselamatannya.

Di Pakistan, Menteri Keretapi Ghulam Ahmad Bilour menawarkan $100,000 minggu lepas kepada sesiapa yang membunuh pembuat video tersebut, walaupun pejabat Perdana Menteri negara kemudian menarik balik kenyataan itu.

Artikel Berikut

Artikel Lain