suria

Kongres Parti Komunis China Akan Bersidang Tak Lama Lagi Untuk Pilih Pemimpin Baru

BEIJING: Kongres Parti Komunis China akan bersidang tidak lama lagi bagi memilih generasi kepimpinan baru bagi mengantikan yang lama.

Pada kongres itu nanti, Presiden Hu Jintao dijangka melepaskan pucuk pimpinan parti kepada Naib Presiden Xi Jinping.

Jika proses peralihan kuasa ini berjalan lancar sepertimana yang dirancang, Jinping akan memerintah selama 10 tahun atau dua penggal.

Kongres akan datang adalah kongres yang ke-18.

Masih belum ada tarikh yang diberikan tetapi para pemerhati menjangkakan ia akan berlangsung pada pertengahan Oktober.

Kongres Parti Komunis China secara tradisinya diadakan setiap lima tahun sekali.

Artikel Berikut

Artikel Lain