suria

12 Anggota Polis Terbunuh Dalam Rusuhan Di Penjara Iraq

TIKRIT: Sekurang-kurangnya 12 anggota polis telah disahkan terbunuh dalam rusuhan di salah sebuah penjara di sini.

Penjara tersebut dikatakan telah diambil alih oleh puak militan yang merusuh tetapi laporan terkini mendapati ia telah ditawan semula oleh pihak berkuasa penjara Iraq.

Timbalan Gabenor Wilayah Salaheddin, Ahmed Abdul Jabbar memberitahu agensi berita AFP, sekurang-kurangnya 12 anggota polis yang terlibat dalam operasi menawan semula penjara itu telah terkorban.

Tikrit terletak 160 kilometer (100 batu) di Utara Baghdad.

Ahmed Abdul Jabbar berkata, Penjara Tikrit telah diambil alih semula oleh pasukan keselamatan Iraq selepas ia ditawan oleh militan pada malam Khamis.

Bagaimanapun beliau mengesahkan bahawa seramai 83 banduan berjaya melepaskan diri.

Adalah tidak jelas bagaimana puak militan berjaya menawan penjara itu pada malam Khamis.

Artikel Lain