suria

Suu Kyi Sambut Baik Tindakan AS Tarik Balik Sekatan Import

YANGON: Ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi pada Khamis menyambut baik tindakan Amerika Syarikat (AS) menarik balik sekatan import terhadap negara itu.

Malah Suu Kyi menyifatkan tindakan itu sebagai langkah positif untuk hubungan perdagangan jangka panjang antara kedua-dua negara.

Tindakan menarik balik sekatan import itu dibuat selepas perbincangan antara tiga pihak melibatkan Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton, Presiden Myanmar Thein Sein dan Suu Kyi.

"Kami mengalu-alukan keputusan itu walaupun rakyat tidak mendapat manfaat daripadanya dengan segera. Namun ia baik untuk tempoh jangka masa panjang," kata jurucakap Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD), Ohn Kyaing.

Pada Khamis, Hillary mengumumkan AS menarik balik sekatan import terhadap Myanmar sebagai sebahagian daripada elemen penting sekatan ekonomi yang dikenakan sebelum ini.

“Sebagai mengiktiraf pemberian dan reaksi kepada kedua-dua kerajaan dan pihak pembangkang, AS mengambil langkah ke hadapan untuk mengembalikan hubungan dagangan dengan Myanmar.

“Kami sedang memulakan pelaksanaan untuk menarik balik sekatan yang dikenakan terhadap import barangan Myanmar masuk ke negara ini," katanya.

Pengumuman itu susulan tindakan pentadbiran Presiden Barack Obama untuk mengembalikan semula hubungan diplomatik dengan Myanmar termasuk tindakan menggantung pelaburan AS di negara itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain