suria

Perebutan Pulau, Jepun Enggan Kompromi Dengan China

NEW YORK: Perdana Menteri Jepun, Yoshihiko Noda menegaskan negara itu tidak akan berkompromi dalam isu pertikaian hak wilayah dengan China berhubung tuntutan bertindih membabitkan pulau terpencil yang mencetuskan protes anti-Jepun.

Jepun bagaimanapun katanya akan bertindak dengan tenang dan memastikan isu pertikaian tidak menjejaskan hubungan kedua-dua negara sebagai kuasa rantau Asia itu.

Noda berkata demikian selepas memberikan ucapan pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada Khamis.

Dalam ucapannya, beliau memberitahu isu berkenaan sepatutnya diselesaikan secara aman mengikut lunas undang-undang dan bukannya dengan menggunakan ketenteraan.

Diplomat kanan China dan Jepun masing-masing bertemu di New York pada Rabu untuk mendapatkan kerjasama bagi menyelesaikan isu tuntutan terhadap Kepulauan Senakakus atau dikenali sebagai Diaoyu oleh China yang mencetuskan ketegangan kedua-dua negara di peringkat antarabangsa.

Kepulauan berkenaan yang diduduki Jepun adalah tidak berpenghuni tetapi kaya dengan sumber perikanan serta mempunyai simpanan gas asli terbesar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain