suria

Indonesia-Korea Selatan Teroka Kemungkinan Kerjasama Bidang Perfileman

JAKARTA: Indonesia dan Korea Selatan meneroka kemungkinan untuk bekerjasama dalam bidang perfileman, kata Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Indonesia Mari Elka Pangestu.

Beliau yang dipetik berkata, agensi berita Antara pada Khamis, penelitian juga dibuat untuk bidang animasi, permainan interaktif, muzik serta seni pertunjukan.

Pada lawatan tiga harinya ke negara itu sebelum ini, Mari Pengestu antara lain mengunjungi Agensi Konten Kreatif Korea (KOCCA), Majlis Filem Korea (KOFIC) dan bertemu dengan penggiat industri hiburan.

Menteri itu turut berharap KOCCA dapat membuka pejabatnya di Indonesia, sebagai tambahan kepada pejabat sedia ada di beberapa bandar raya lain seperti Los Angeles, London, Tokyo dan Beijing.

KOCCA juga diminta dapat membantu Indonesia mengedar kandungan kreatif Indonesia di Korea Selatan, membimbing Indonesia dalam pengembangan industri kreatif dan melakukan pertukaran karya kreatif dengan Indonesia. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain