suria

Feri Karam Di Indonesia: Pencarian Diteruskan

JAKARTA: Para penyelamat meneruskan pencarian di perairan Indonesia pada Khamis bagi mengesan orang yang hilang selepas sebuah feri karam, yang mengorbankan sekurang-kurangnya lapan orang.

Lebih 210 penumpang dan kru diselamatkan dan lapan mayat dibawa keluar dari laut, termasuk seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun, selepas insiden feri karam pada pagi Rabu, kata Heru Purwanto, seorang pegawai di pelabuhan Bakauheni di selatan Sumatera.

Beliau berkata, mereka dipercayai terjun ke laut tanpa memakai jaket keselamatan dan tidak boleh berenang.

Senarai yang jelas menunjukkan seramai 213 penumpang dan kru serta 78 kenderaan berada dalam feri itu, tetapi terdapat senarai itu sering kali tidak boleh dipercayai di Indonesia kerana tiket yang dijual kepada para penumpang di atas feri tidak didaftarkan.

Pencarian untuk mereka yang masih terselamat diteruskan selepas ramai ahli keluarga tampil melaporkan nama yang hilang.

Sebahagian penumpang dipercayai berada dalam kenderaan yang diletakkan di atas feri apabila ia karam, kemungkinan terperangkap di dalamnya, kata Budi Harto, yang merupakan ketua bagi agensi pengursan bencana tempatan di wilayah Lampung.

Beliau menambah, para penyelam turun ke kawasan di mana feri itu karam, dengan kedalaman air sedalam 90 meter. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain