suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Beratus Umat Islam Adakan Bantahan di Kedutaan AS Di Bangkok

BANGKOK: Beratus-ratus penunjuk perasaan mengadakan bantahan secara aman terhadap penerbitan sebuah filem anti-Islam di hadapan kedutaan Amerika dan pejabat Google di sini, Khamis.

Mereka berkumpul di luar kedutaan itu pada kira-kira pukul 10 pagi sambil membawa sepanduk dengan tulisan bermaksud "Kebebasan Melahirkan Pendapat, Bukan Kebebasan Untuk Menghina, Kami Akan Berkorban Apa Saja Demi Nabi Muhammad (S.A.W), Kami Cintakan Rasulullah Melebihi Nyawa Kami".

Beberapa wakil Kumpulan Islam Untuk Keamanan cuba menyerahkan nota bantahan kepada seorang pegawai kedutaan, tetapi gagal kerana polis menghalang mereka menghampiri kedutaan itu.

Berikutan itu, mereka menjadikan nota berkenaan roket kertas dan membalingnya ke kawasan bangunan kedutaan.

Menjelang tengah hari, mereka bergerak ke pejabat Google untuk menuntutnya menghentikan penyiaran filem berkenaan yang bertajuk, "Innocence of Muslims". Bantahan terhadap filem yang menyelewengkan fakta tentang Nabi Muhammad S.A.W. itu diadakan di lebih 20 negara dan meragut beberapa nyawa, termasuk duta Amerika ke Libya.

Tunjuk perasaan ini adalah yang kedua diadakan di hadapan kedutaan Amerika di sini selepas bantahan serupa diadakan pada Selasa. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain