suria

Pendaki Maut Salji Runtuh

KATMANDU:Sekurang-kurangnya sembilan pendaki meninggal dunia manakala beberapa lagi cedera apabila kem penempatan mereka dilanda runtuhan salji di Gunung Manaslu, Nepal kelmarin.

Mereka terdiri dari warga negara Perancis, Jerman dan Itali. Runtuhan salji berlaku kira-kira pukul 4 pagi ketika sedang tidur di khemah masing-masing.

Penyelaras pentadbiran kawasan itu,Golraj Dhakal berkata, tiada siapa sedar bagaimana ia berlaku dan saiz sebenar runtuhan salji melanda kem pendaki di sisi puncak kelapan tertinggi di dunia itu.

Ketua Polis kawasan itu, Basanta Bahadur Kuwar berkata, empat buah helikopter digunakan manakala jurupandu dan pendaki yang terselamat masih meneruskan misi menyelamat mangsa.

Menteri Luar Sepanyol di Madrid mengesahkan seorang pendakinya adalah warga negara itu. Bagaimanapun identiti pendaki lain yang terkorban atau hilang belum diketahui. - AP

Artikel Sebelum

Wartawan TV Terbunuh Di Syria

Artikel Berikut

Arkitek Terkemuka Australia Lawat KL

Artikel Lain