suria

Laporan Kekayaan Julius Baer 2012 Anggar 3 Juta HNWI Di Asia Menjelang 2015

SINGAPURA: Bilangan individu berada (HNWI) di Asia mungkin mencecah hampir tiga juta dengan kekayaan berjumlah US$16.7 trilion, menjelang 2015, demikian menurut satu laporan oleh Julius Baer, sebuah kumpulan perbankan swasta terkemuka Switzerland.

Edisi Kedua Laporan Kekayaan Julius Baer yang diterbitkan sebagai satu kajian tahunan itu terus memberikan tumpuan kepada Asia dan membuat analisis yang menyeluruh dan eksklusif tentang landskap HNWI di rantau ini.

Indeks Gaya Hidup Julius Baer, yang dilampirkan bersama laporan itu, menunjukkan peningkatan sebanyak 8.8 peratus pada 2012.

"Setiap hari kami menemui pemimpin perniagaan terkemuka di Asia dan bertanya tentang isu-isu utama yang mempengaruhi gaya hidup, perniagaan dan pelaburan mereka," kata Boris Collardi, Ketua Pegawai Eksekutif Julius Baer pada satu taklimat untuk media di sini.

Laporan Kekayaan Julius Baer 2012 juga memberikan butiran terperinci tentang bagaimana landskap pelaburan global berubah dan apa yang harus difikirkan semasa memulakan langkah ke arah mencapai pulangan pelaburan jangka panjang. BERNAMA

Artikel Sebelum

Wartawan TV Terbunuh Di Syria

Artikel Berikut

Artikel Lain