Jemaah Haji Dinasihati Berhati-Hati Dengan Cuaca Panas Di Tanah Suci - Dunia | mStar

Jemaah Haji Dinasihati Berhati-Hati Dengan Cuaca Panas Di Tanah Suci

MADINAH: Jemaah haji dinasihati tidak mendedahkan diri kepada kepanasan cahaya matahari yang melampau di Tanah Suci ekoran cuaca panas yang ada kalanya mencecah sehingga 44 darjah celsius.

Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata para jemaah juga perlu berhati-hati agar tidak terlalu terdedah kepada cuaca panas, terutama semasa hendak ke masjid dan membeli-belah. "Untuk bakal-bakal haji yang masih berada di Malaysia, saya juga mahu nasihatkan supaya dibawa bekalan ubat-ubatan secukupnya untuk hari-hari pertama dan kedua, walaupun klinik Tabung Haji ada tetapi tidak boleh diambil ringan keperluan ubat-ubatan ini," katanya kepada pemberita di Hotel Al Haram yang menjadi tempat operasi Tabung Haji di sini.

Beliau yang juga Pengurus Besar Kanan Haji Tabung Haji berkata bakal jemaah haji di Malaysia juga diminta berehat dan tidur secukupnya kerana beliau mendapati ada jemaah yang tiba di Tanah Suci mengalami masalah kurang tidur dan mula menerima gangguan emosi, fikiran dan sebagainya. Beliau juga mengingatkan jemaah haji agar menjaga keselamatan diri mereka kerana di sini orang begitu ramai dan kalau pergi ke mana-mana biarlah secara berkumpulan untuk mengelak daripada tersesat. Syed Saleh berkata setakat hari ini, seramai 7,535 orang jemaah atau 28 peratus daripada jumlah keseluruhan 28,000 orang sudah sampai ke Tanah Suci melalui Madinah dan Jeddah.

Mereka akan mula bergerak masuk ke Mekah pada 25 September ini, katanya.

Pusat operasi Tabung Haji di Mekah sudah pun bersedia untuk menerima jemaah ini dan beliau sendiri berasa sangat berpuas hati dengan persiapan petugasnya di Madinah dan Mekah.

Perkhimatan Tabung Haji seperti khidmat bagasi, klinik, bank dan juga penyediaan makanan ala menu Malaysia juga semua mendapat sambutan baik daripada para jemaah yang ada, katanya.

"Keseluruhannya sebanyak 22 penerbangan sudah dibuat ke Jeddah dan Madinah dari 41 penerbangan, jemaah haji yang bakal sampai akan disambut dengan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan yang sudah siap beroperasi di Madinah dan Mekah," katanya. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain