suria

Bot Karam: 13 Nelayan Hilang di Jepun

TOKYO: Seramai 13 nelayan hilang di pantai utara Jepun pada Isnin selepas bot yang dinaiki tenggelam akibat bertembung dengan kapal kargo besar, lapor pengawal pantai Jepun.

Bot nelayan dengan muatan 119 tan ikan tuna dan membawa seramai 22 anak kapal yang terdiri daripada 17 rakyat Jepun serta lima warga Indonesia karam selepas berlanggar dengan kapal kargo dari Panama, Nikkei Tiger yang membawa muatan seberat 25,000 tan, awal pagi Isnin.

Pengawal pantai berkata, mereka menerima isyarat kecemasan dari bot nelayan berkenaan kira-kira jam 2.30 pagi waktu tempatan selepas perlanggaran yang berlaku kira-kira 900 kilometer di wilayah Miyagi.

"Sembilan anak kapal berjaya diselamatkan menggunakan kapal lain," menurut pengawal pantai sambil menambah usaha mencari masih diteruskan.

Kapal kargo berkenaan dilaporkan tidak mengalami sebarang kerosakan dan 21 anak kapalnya berada dalam keadaan selamat. - AFP

Artikel Sebelum

Wartawan TV Terbunuh Di Syria

Artikel Berikut

Artikel Lain