Bilangan Orang Kaya Di China Berkurangan

BEIJING: Bilangan bilionair di China telah menyusut 20 peratus daripada bilangan tahun lepas ke 251 individu tahun ini tetapi masih tinggi berbanding hanya 15 bilionair enam tahun lepas, kata Institut Penyelidikan Hurun yang berpangkalan di Shanghai dalam satu laporan, Selasa.

Senarai Orang Kaya Hurun 2012 yang di keluarkan pada Isnin berkata daripada 1,000 individu yang berada di tempat teratas senarai itu, 469 menyaksikan kekayaan mereka merosot, di mana 37 daripadanya mengalami penguncupan lebih 50 peratus, terutamanya dari sektor solar, tekstil dan runcit.

"291 lagi melihat kekayaan mereka meningkat, 114 tidak berubah dan 150 lagi adalah wajah baru," kata institut itu.

Ia berkata purata kekayaan mereka yang tersenarai susut 9.0 peratus kepada US$860 juta, tetapi angka ini masih hampir dua kali ganda daripada 2008 iaitu sebanyak US$439 juta.

Pemilik syarikat minuman Wahaha, Zong Qinghou, 67, mengungguli senarai tahun ini, dengan kekayaan sebanyak US$ 12.6 bilion.

Hartawan hartanah China Wang Jianlin, 58 dan pengerusi dan pengasas enjin carian utama China, Baidu, Robin Li Yanhong, 44, masing-masing meraih tempat kedua dan ketiga.

Senarai Orang Kaya Hurun 2012 adalah senarai kedudukan tahunan 1000 individu terkaya di China. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Wartawan TV Terbunuh Di Syria

Artikel Berikut

Klik

Jom senyum bersama tersayang sambil menonton banyak pilihan prabayar sepanjang Ramadan, Syawal... hanya di NJOI Prepaid!

TIGA pilihan pek baharu bersama 16 saluran ala-carte untuk pelanggan NJOI sepanjang Syawal ini.

Semuanya di hujung jari anda... bawakan senyuman buat mereka yang kurang bernasib baik, itulah kempen Raya HLB

HONG Leong Bank dan Hong Leong Islamic Bank (HLB atau Bank) memperkenalkan kempen 'Jauh Di Mata, Dekat Di Hati' sebagai salah satu usaha membantu golongan kurang bernasib baik.

Sedih tak dapat beraya di kampung? Jom hidupkan suasana raya, menu Syawal boleh dihidang di mana-mana... Pek Ceria Raya kan ada!

TAK dapat balik kampung! Barangkali begitulah yang luahan dan keluhan kebanyakan kita yang menyambut 1 Syawal kali ini.

Tak ada idea nak masak apa? Ini 5 program memasak menarik untuk anda tune in, no.2 paling kecoh!

LIMA program masakan terbaik yang boleh anda tonton secara streaming di Astro GO

Artikel Lain