Asean Diminta Wujudkan Usaha Bersepadu Bangunkan Industri Halal - Dunia | mStar

Asean Diminta Wujudkan Usaha Bersepadu Bangunkan Industri Halal

BANGKOK: Sebuah pusat sains halal di Thailand meminta negara-negara Asean mewujudkan usaha bersepadu untuk membangunkan industri halal serantau, menggunakan logo dan sijil yang sama dan diterima pakai di peringkat global.

Pusat Sains Halal Universiti Chulalongkorn (HSC-CU) merasakan bahawa logo dan sijil yang selaras akan diterima oleh semua organisasi dan negara serta membolehkan Asean meneroka pasaran halal yang kini sedang meningkat.

Pembantu pengarahnya Sulida Wangchi berkata setiap negara anggota Asean kini mempunyai logo dan sijil masing-masing yang tidak diterima pakai secara menyeluruh di seluruh dunia.

Beliau menjangkakan pertumbuhan besar dalam industri halal berikutan peningkatan permintaan untuk makanan halal dan semua produk pengguna yang lain, tetapi sedih berikutan pasaran kini dikuasai negara-negara seperti Brazil, China dan Amerika Syarikat.

"Oleh itu, adalah lebih baik untuk negara anggota Asean bekerjasama menggunakan satu logo dan sijil halal yang akan diterima oleh semua organisasi supaya kita boleh bersaing dengan mereka dan meneroka pasaran halal," katanya kepada kumpulan wartawan Malaysia yang melawat Pusat Sains Halal universiti itu, di sini.

Lawatan itu adalah sebahagian daripada program untuk media mengenali Thailand anjuran Kementerian Luar Thailand.

Kini, terdapat kira-kira 1.8 bilion penduduk Islam di seluruh negara dan permintaan global bagi produk halal untuk sektor makanan dan bukan makanan dianggarkan AS$2.3 trilion (RM7.05 trilion).

Sulida berkata negara-negara Asean dengan penduduk Islam seperti Indonesia, Malaysia dan Thailand, perlu ke hadapan dalam mengambil kesempatan terhadap potensi untuk bekerjasama dan saling bantu membantu bagi meneroka potensi besar pasaran halal.

"Pasaran halal adalah masa depan untuk Asean, terutama selepas Komuniti Ekonomi Asean berkuatkuasa pada 2015. Terdapat banyak bidang dalam pasaran halal yang boleh diteroka oleh negara-negara Asean, terutama di kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Asean (OIC).

"Oleh itu, Malaysia, Thailand dan Indonesia perlu menerajui Asean dalam industri halal dan kita mesti memperkukuhkan kerjasama kita dan menggunakan kepakaran kita bagi memastikan produk halal dari Asean melepasi standard antarabangsa, bermula dari bahan mentah hingga ke rak di kedai," katanya.

Sulida berkata negara-negara Asean mesti bekerjasama erat memandangkan produk halal dari Asean mungkin menghadapi halangan perdagangan dan cabaran dasar yang lain di luar rantau ini kerana negara-negara lain melindungi produk tempatan mereka.

Beliau juga berkata Thailand berharap untuk bekerjasama erat dengan Malaysia bagi membangunkan industri makanan halal di rantau ini.

The HSC-CU akan menandatangani dua memorandum persefahaman (MoU) dengan Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) mengenai sains dan teknologi untuk menyokong industri halal, pada Persidangan Antrabangsa Perniagaan dan Industri, Sains Halal (HASIB) 2012 di Hat Yai dari 13 hingga 15 Oktober, katanya.

Persidangan itu diadakan sempena Ekspo Halal Pertumbuhan Segitiga Indonesia-Malaysia-Thailand 2012, dan antara topik yang akan dibincang ialah ICT Halal dan Inovasi, Potensi Industri Halal dan Perniagaan dalam Ekonomi Halal.

Sulida mengalu-alukan pengusaha industri halal Malaysia untuk mengambil bahagian dalam HASIB 2012. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Arkitek Terkemuka Australia Lawat KL

Artikel Berikut

Bekas Juara Tinju Dunia Mati Ditembak

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain