suria

Runtuhan Salji: 9 Maut, Tujuh Masih Hilang di Nepal

KATHMANDU: Pasukan penyelamat meneruskan operasi mencari tujuh pendaki selepas runtuhan salji menyebabkan sekurang-kurangnya sembilan orang maut dan mengheret khemah mereka ketika misi menawan puncak gunung tertinggi di dunia.

Polis berkata, kumpulan pendaki itu berada pada ketinggian 8,156 meter di Manaslu, salah satu puncak paling berbahaya di dunia apabila dirempuh runtuhan salji ketika sedang tidur sejak kelmarin dan diikuti semalam. Kesatuan Pemandu Arah Gunung Perancis (SNGM) berkata, empat yang terbunuh dan tiga masih hilang adalah warga Perancis.

Pendaki lain yang terbunuh adalah rakyat Itali, Jerman, dan sekurang-kurangnya seorang pendaki Sepanyol serta seorang pemandu arah tempatan.

"Tujuh pendaki masih hilang. Usaha mencari tergendala akibat cuaca buruk semalam. Mereka akan meneruskan operasi mencari pagi ini," kata jurucakap kesatuan itu. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain