White House Anggap Insiden Di Benghazi Angkara Pengganas - Dunia | mStar

White House Anggap Insiden Di Benghazi Angkara Pengganas

WASHINGTON: White House buat pertama kalinya pada Khamis menyifatkan kejadian yang mengorbankan empat wakil kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Benghazi, Libya sebagai 'serangan pengganas' yang mungkin membabitkan rangkaian al-Qaeda.

Pentadbiran Presiden Barack Obama sejak minggu lalu beberapa kali menafikan bahawa serangan yang menyebabkan kematian Duta AS ke Libya, Chris Stevens dan tiga yang lain sebagai tindakan pengganas.

Sebaliknya, pegawai berkata ia dipercayai kejadian yang tidak dirancang.

Jurucakap White House, Jay Carney berkata, Air Force One mempunyai bukti tersendiri apa yang berlaku di Benghazi adalah satu serangan pengganas.

Sementara itu, Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton mengumumkan pelan mengkaji semula aspek keselamatan di semua pejabat kedutaan yang mungkin menjadi sasaran berikutan penyebaran filem anti Islam yang membangkitkan kemarahan umat Islam.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain