suria

Protes Filem Anti Islam: Ribuan Rakyat Pakistan Dijangka Sertai Himpunan Bantahan

ISLAMABAD: Ribuan rakyat Pakistan dijangka menyertai perhimpunan besar-besaran pada Jumaat bagi menunjukkan bantahan terhadap filem anti-Islam terbitan Amerika Syarikat (AS) selepas kerajaan mengistiharkan cuti umum secara spontan bagi menyeru orang awam untuk mengadakan protes.

Cuti umum berkenaan diumumkan sebagai "Hari cinta untuk Nabi".

Kerajaan turut menggesa rakyat mengadakan bantahan secara aman bagi menunjukkan bantahan mereka terhadap filem terbabit, yang mencetuskan demonstrasi keganasan di seluruh dunia.

Semua parti politik dan kumpulan agama sudah menyatakan bantahan.

Bagaimanapun, pelbagai organisasi perdagangan dan pengangkutan serta ribuan rakyat dijangka akan menyertai bantahan berkenaan selepas solat Jumaat.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5 Terkorban Ribut di Amerika Selatan

Artikel Lain