suria

Pelancaran iPhone 5: Peminat Apple Serbu Kedai Di Asia

HONG KONG: Peminat Apple di Asia pada Jumaat membanjiri kedai gergasi teknologi itu di Australia, Hong Kong dan Singapura untuk mendapatkan versi terbaru iPhone.

Pembeli berbaris semalaman di Australia, namun berbeza pula di Hong Kong apabila mereka mendaftar secara talian untuk mendapatkan iPhone 5.

Telefon pintar itu juga sedang dilancarkan di Amerika Syarikat, UK, Kanada, Perancis dan Jerman pada Jumaat.

Ia akan mula dijual di 22 negara selepas seminggu ia dilancarkan.

Kini, Apple menerima dua juta tempahan untuk iPhone 5 dalam tempoh 24 jam, dua kali ganda berbanding model 4S yang dilancarkan tahun lalu.

Penganalisis menganggarkan Apple akan menghantar kira-kira 10 juta iPhone 5 menjelang akhir bulan ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5 Terkorban Ribut di Amerika Selatan

Artikel Lain