Parti Pemerintah Jepun Pilih Semula Noda Sebagai Pemimpin - Dunia | mStar

Parti Pemerintah Jepun Pilih Semula Noda Sebagai Pemimpin

TOKYO: Perdana Menteri, Yoshihiko Noda pada Jumaat telah dipilih semula untuk memimpin partinya - Parti Demokratik Jepun.

Sebaik sahaja diumumkan sebagai pemenang, Noda berikrar akan melakukan rombakan besar-besaran keatas partinya itu dalam usaha mereka untuk mempertahankan kerajaan yang ada sekarang menjelang pilihan raya umum akan datang.

Noda telah memenangi lebih 60 peratus mata untuk menang jawatan presiden parti.

Undi daripada anggota-anggota parlimen membawa mata yang lebih banyak daripada anggota-anggota biasa parti.

Lawan Noda pada pemilihan kali ini adalah seorang pemimpin muda bernama Goshi Hosono, 41.

Seandainya Hosono menang, beliau akan mencatat sejarah sebagai perdana menteri Jepun termuda dalam sejarah negara itu.

Di bawah peraturan parti, pemilihan pucuk pimpinan hendaklah diadakan dua tahun sekali. Tetapi kini ia telah dipinda kepada tiga tahun sekali.

Parti Demokratik Jepun memerintah Jepun sejak 2009 - selepas lima dekad diperintah oleh Parti Liberal Demokrat.

Noda pula adalah perdana menteri Jepun yang keenam sejak 2009.

Artikel Sebelum

Obama Bertemu Suu Kyi Di White House

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain