suria

Obama Bertemu Suu Kyi Di White House

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama bertemu ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi di Pejabat Oval di White House pada Khamis.

Ia merupakan satu pertemuan bersejarah di antara kedua-dua pemimpin dan negara berkenaan.

Lebih menarik, Obama dan Suu Kyi merupakan pemenang Hadiah Nobel.

Suu Kyi yang memakai baju hitam, berselendang putih dengan skirt hitam putih, duduk bersebelahan dengan Obama.

Kedua-duanya dilihat tersenyum riang ketika jurugambar merakam pertemuan mereka di dalam bilik berkenaan.

Pertemuan itu berlangsung selepas Suu Kyi dikenakan tahanan dalam rumah di Yangon bertahun-tahun lamanya.

Dalam lawatan ke AS, Suu Kyi mengemukakan permohonan agar sekatan yang dikenakan ke atas Myanmar ditarik semula selepas ia dikenakan bagi memberi tekanan terhadap pemerintah junta di negara berkenaan.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

5 Terkorban Ribut di Amerika Selatan

Artikel Lain