suria

Penyanyi Robbie Williams Bergelar Bapa

LONDON: Bintang pop British Robbie Williams bergelar bapa buat kali pertama, mengumumkan kelahiran seorang bayi perempuan - Theodora Rose, "dikenali Teddy sebagai panggilan mesra".

Penyanyi 38 tahun itu berkata anak perempuannya dilahirkan pada hari Selasa, seberat 3.28 kilogram.

"Bayi, ibu dan ayah semuanya teruja..." Williams berkata dalam satu mesej di laman web beliau lewat hari Selasa. "Terima kasih kerana mendoakan yang terbaik."

Bayi itu telah dilahirkan di London, media British melaporkan.

Williams pada bulan Mac mengumumkan bahawa dia dan isteri, Ayda Field menjangkakan kelahiran anak pertama mereka. Williams berkahwin pada tahun 2010.

Kerjaya Williams secara solo berjaya selepas meninggalkan kumpulan British Take That pada tahun 1995, dan menandatangani satu tawaran muzik terbesar di dunia dengan EMI pada tahun 2002.

Beliau telah menjual lebih 60 juta album sebagai artis solo, menyertai semula kumpulannya pada tahun 2010. - Reuters

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

132 Banduan Lari dari Penjara Mexico

Artikel Lain