suria

Obama Dahului Romney Di Tiga Negeri

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama mendahului persaingan di tiga negeri utama di mana beliau dilihat sebagai calon terbaik untuk menangani krisis antarabangsa.

Undian yang dilakukan Quinnipiac University/New York Times/CBS News pada Rabu, seminggu selepas keadaan huru-hara di Timur Tengah meletakkan Obama di kedudukan selesa berbanding pencabarnya, Mitt Romney dari parti Republikan di Virginia, Wisconsin dan Colorado.

Ketiga-tiga negeri itu dianggap sebagai kerusi panas pada pilihan raya Presiden tahun ini.

Menerusi undian itu, Obama dilaporkan mendahului Romney 51-45 peratus di Wisconsin, 50-46 peratus di Virginia dan 48-47 peratus di Colorado.

Obama memenangi kesemua tiga negeri pada 2008 apabila menjadi calon Demokrat yang pertama menang di Virginia sejak 1964.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

132 Banduan Lari dari Penjara Mexico

Artikel Lain