suria

Nahas Helikopter Di Mexico, Seorang Maut, Empat Cedera

MORELIA, Mexico: Helikopter kerajaan yang membawa sekumpulan krew penggambaran video untuk pelancongan terhempas di sebuah tasik di barat Mexico pada Selasa.

Pengarah video terbabit dilaporkan lemas manakala tiga lagi krew dan seorang pegawai kerajaan terselamat.

Jurucakap kerajaan negeri Michoacan, Carlos Arrieta berkata, helikopter tersebut terlanggar wayar di sebuah taman di Tasik Zirahuen sebelum terhempas dan tenggelam.

Pengarah video, Daniel Segundo maut serta merta di tempat kejadian.

Manakala empat lagi mangsa berjaya melepaskan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Mereka dikejarkan ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan.

Kumpulan krew tersebut merakamkan video sebuah kawasan untuk mempromosikan pelancongan di Michoacan yang terjejas akibat kegiatan dadah.

Video itu turut menampilkan seorang penyanyi dari program realiti Mexico 'The Academy'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

132 Banduan Lari dari Penjara Mexico

Artikel Lain