suria

Kilang Sabun Meletup: 6 Terbunuh di Azerbaijan

BAKU (Azerbaijan): Sekurang-kurangnya enam terbunuh manakala tujuh yang lain cedera parah apabila sebuah kilang sabun di Sumgayit meletup, lapor pihak berkuasa tempatan.

Anggota bomba dan helikopter kementerian kecemasan dikejarkan ke tempat kejadian dalam usaha untuk memadamkan api di kawasan industri Laut Kaspia.

Bagaimanapun, punca kebakaran masih tidak diketahui.

"Setakat ini adalah mustahil untuk menyatakan sebarang kenyataan," kata eksekutif ketua tempatan Sumgayit, Eldar Azizov kepada wartawan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

132 Banduan Lari dari Penjara Mexico

Artikel Lain