suria

Ketua Perniagaan Scomi India Terima Anugerah Prestasi Cemerlang

NEW DELHI: Ketua Pembangunan Perniagaan Scomi International Pte Ltd, S. Selvaraja Chinnasamy telah menerima "Anugerah Udyog Ratan" atau prestasi cemerlang dari Institut Kajian Ekonomi, India.

Syarikat itu, Scomi International telah juga dianugerahi Anugerah Kecemerlangan bagi sumbangannya di dalam pengangkutan massa India melalui sistem monorel.

Anugerah itu adalah bagi pengiktirafan bagi kerja Scomi yang cemerlang di India, kata Selvaraja kepada Bernama selepas menerima anugerah itu pada malam Selasa.

Ia juga menunjukkan bahawa prestasi syarikat itu diterima dengan baik di sini "sekaligus, ia merupakan satu penghormatan kepada negara dan syarikat saya," katanya.

Scomi kini menjalin usaha sama dengan rakan Indianya, Larsen & Toubro melaksanakan projek monorel sepanjang 19.5 km bernilai RM1.846 bilion di Mumbai.

Fasa pertama sejauh sembilan kilometer dijadualkan memulakan operasi pada Januari 2013. Konsep projek monorel itu diterima baik di India dan beberapa negeri telah menunjukkan minat. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

132 Banduan Lari dari Penjara Mexico

Artikel Lain