suria

Kematian Akibat Ebola Di Congo Meningkat Kepada 31 Kes

GOMA, Congo: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) berkata, virus Ebola mengakibatkan seramai 31 orang di timur laut Congo terkorban, melebihi sekali ganda bilangan kematian daripada seminggu lalu.

Perubuhan Kesihatan Sedunia PBB pada Jumaat berkata, terdapat 69 kes keseluruhan termasuk enam yang disahkan oleh sebuah makmal.

Virus Ebola tidak mempunyai ubat dan kematian adalah antara 40 peratus hingga 90 peratus daripada jumlah kes.

Wabak itu mengakibatkan beberapa pendarahan dalaman.

Congo pertama kali mengesan wabak virus Ebola sebelum ini pada tahun 1976. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

132 Banduan Lari dari Penjara Mexico

Artikel Lain