suria

Pengasas Ikea Serah Bisnes Kepada Tiga Anak Lelaki

Ingvar Kamprad. foto REUTERS
Ingvar Kamprad. foto REUTERS
Ingvar Kamprad. foto REUTERS

STOCKHOLM: Pengasas syarikat perabot gergasi Sweden, Ikea iaitu Ingvar Kamprad yang berusia 86 tahun secara rasminya menyerahkan perniagaannya untuk dikendalikan oleh tiga anak lelakinya, kata pegawai syarikat itu kepada akhbar harian Sweden, Expressen pada Isnin.

“Ingvar tidak lagi akan memberikan pandangannya, memberi nasihat atau sokongan,” kata Goeran Grosskopf, pengerusi Ingka Holding, syarikat Belanda yang terdiri daripada syarikat milik perniagaan Ikea.

Pengumuman mengenai persaraan Kamprad daripada perniagaan itu telah pun dibuat, menurut Expressen dalam satu temu ramah bersama tiga anak lelaki Kamprad iaitu Peter, Jonas dan Mathias Kamprad dalam buletin dalaman Ikea.

Kesemua anak beliau bersikap rendah diri sejak beberapa tahun lalu apabila mereka mula menggerakkan syarikat itu secara perlahan-lahan dan jarang bersemuka dengan media.

Jun lalu, timbul spekulasi mengenai Ingvar Kamprad sedang melepaskan dari kumpulan yang tidak tersenarai apabila tiga anak lelakinya bergambar untuk sebuah harian kewangan Sweden, Dagens Industri dan seorang jurucakap syarikat yang memberi butiran mengenai tanggungjawab masing-masing secara individu.

Peter yang berusia 48 tahun pada tahun ini disifatkan sebagai pakar ekonomi yang menjaga konglomerat Ikano, syarikat berpangkalan di Luxembourg yang mengendalikan kewangan, hartanah, insurans, pengurusan modal dan pegangan runcit milik keluarga.

Jonas, yang akan berumur 46 tahun merupakan seorang pemaju produk dan pereka kreatif yang berada dalam lembaga Ingka Holding, kata Dagens Industri.

Dan Mathias, berusia 43 tahun disifatkan sebagai ahli perniagaan dan berani mengambil inisiatif dalam troka yang memfokuskan pada Inter Ikea Holding, yang memiliki konsep dan jenama Ikea. - AFP

Artikel Lain