suria

Pasangan Diraja Britain Saman Majalah Siar Gambar Separuh Bogel Kate

PARIS: Kerabat diraja Britain mempertahankan isteri Putera William, Catherine Middleton berhubung penyiaran gambar separuh bogel di balkoni istana Perancis dengan menfailkan aduan jenayah terhadap majalah yang menyiarkan gambar berkenaan.

Satu keputusan mahkamah dijangka dibuat pada Selasa atas permintaan pasangan itu untuk mendapatkan injuksi melarang penerbitan atau jualan semula gambar berkenaan.

Peguam keluarga diraja berkenaan berkata gambar tersebut telah dirakam secara sulit ketika pasangan itu sedang berehat di pekarangan tempat penginapan mereka dan bukannya di tempat awam.

Tindakan undang-undang itu dilakukan susulan sebuah majalah Itali menerbitkan gambar kabur separuh bogel Catherine dalam edisi istimewa dengan tajuk muka depan -“Ratu bogel!”.

Pasangan itu mahu tuduhan jenayah dikenakan bagi dakwaan pelanggaran undang-undang privasi Perancis terhadap kedua-dua majalah gosip Closer dan jurugambar, yang identitinya tidak didedahkan. AFP

Artikel Lain