suria

Majalah Itali Terus Siar Gambar Kate Separuh Bogel

ROME: Majalah gosip Itali yang dimiliki oleh bekas perdana menteri, Silvio Berlusconi telah menyiarkan sebanyak 26 halaman gambar isteri Putera William, Kate Middleton dalam keadaan separuh bogel walaupun prosiding undang-undang telah dibuat terhadap sebuah majalah Perancis kerana menyiarkannya terlebih dahulu.

Ia disiarkan dalam majalah Chi yang kini didapati di gerai-gerai akhbar pada Isnin, yang memaparkan montaj gambar-gambar yang diambil semasa Duke and Duchess of Cambridge itu sedang dalam percutiannya di rumah saudara mereka di selatan Perancis pada bulan lepas.

Kebanyakannya adalah sama seperti yang disiarkan oleh majalah Perancis popular iaitu Closer.

Chi dimiliki oleh pusat penerbitan Mondadori kepunyaan Berlusconi.

Kemudiannya pada Isnin, para peguam bagi pasangan diraja itu dijadualkan berada di mahkamah di Nanterre, Perancis bagi memohon injuksi terhadap Mondadori bagi melarang untuk penyebaran lagi imej yang dikatakan akan diterbitkan semula pada hujung minggu oleh sebuah tabloid dari Ireland. - AP

Artikel Lain