suria

Kedutaan AS Di Bangkok Ditutup

BANGKOK: Kedutaan Amerika Syarikat di sini akan ditutup kepada awam tengah hari Selasa berikutan demonstrasi yang dirancang sebagai membantah filem menghina Islam dan Nabi Muhammad s.a.w.

Temujanji bagi perkhidmatan visa dan kewarganegaraan yang dijadual tengah hari Selasa dibatalkan dan dijadualkan pada tarikh lain, demikian menurut kenyataan di laman web kedutaan itu.

Kedutaan AS telah diberitahu oleh polis Thai bahawa satu demonstrasi melibatkan beberapa ratus orang dirancang diadakan di hadapan kedutaan itu antara pukul 1 tengah hari hingga 2 petang.

"Kedutaan AS di Bangkok tidak menyedari buat ketika ini sama ada wujud sebarang ancaman terhadap warga AS di Thailand," tambah kenyataan itu.

Sebagai langkah berjaga-jaga, kata kenyataan itu, kedutaan menasihatkan warganya agar berhati-hati dan mengawasi keadaan sekitar, terutama di kawasan kumpulan orang ramai.

Demonstrasi bantahan terhadap filem terbitan pembikin filem Yahudi yang menghina Nabi Muhammad s.a.w. itu kini merebak ke lebih 20 negara dan mengakibatkan ramai terkorban, termasuk duta besar AS ke Libya.

Artikel Lain