suria

Polis Bangladesh Tahan 112 Orang Cari Kerja Di Malaysia

CHITTAGONG, Bangladesh: Polis di Bangladesh berkata, mereka telah menahan seramai 112 orang yang bersedia untuk ke Malaysia secara haram selepas dijanjikan mendapat pekerjaan oleh penyeludup manusia.

Ketua polis, Akter Hossain berkata, mereka menahan kesemuanya pada awal Isnin di daerah Chittagong di tenggara Bangladesh.

Beliau berkata, kebanyakan mereka yang ditahan adalah miskin dan berharap untuk bekerja di Malaysia.

Katanya, polis sedang menyiasat kes berkenaan.

Pencari kerja dari Bangladesh sering kali berhadapan dengan risiko bahaya untuk mendapat pekerjaan di luar negara.

Pada masa ini, kira-kira 10,000 rakyat Bangladesh bekerja di Malaysia.

Chittagong terletak 215 kilometer tenggara ibu negara Dhaka. - AP

Artikel Lain