suria

Penunjuk Perasaan Paksa Tutup KFC, McD

JAKARTA: Penduduk Islam Indonesia menunjukkan bantahan terhadap filem anti-Islam Innocence of Muslims di bandar-bandar seluruh Indonesia, namun tiada sebarang keganasan dilaporkan.

Demonstrasi diadakan pada Isnin di bandar Medan dan Bandung. Sepanjang hujung minggu ini penunjuk perasaan di pusat bandar Jawa Solo menyerbu restoran KFC dan McDonald.

Mereka memaksa operasi kedua-dua restoran itu ditutup serta-merta sebagai tanda protes.

Dalam pada itu, kedutaan AS mengeluarkan mesej kecemasan kepada warga Amerika agar mendapatkan perlindungan kerana lebih 1,000 orang dijangka berarak dan berhimpun.

Filem Innocence of Muslims menghina Islam dan menggambarkan Nabi Muhammad s.a.w membangkitkan kemarahan masyarakat Islam seluruh dunia.

Artikel Lain