suria

Majalah Itali Terus Siar Gambar Kate Separuh Bogel

ROME: Majalah gosip Itali yang dimiliki oleh bekas perdana menteri, Silvio Berlusconi telah menyiarkan sebanyak 26 halaman gambar isteri Putera William, Kate Middleton separuh bogel walaupun tindakan undang-undang dikenakan terhadap majalah Perancis kerana menyiarkannya terlebih dahulu.

Ia disiarkan dalam majalah ‘Chi’ yang kini didapati di gerai-gerai menjual surat khabar pada Isnin, yang memaparkan montaj gambar-gambar yang diambil semasa Duke and Duchess of Cambridge itu dalam percutiannya di rumah saudara mereka di selatan Perancis pada bulan lepas.

Kebanyakannya adalah sama seperti yang disiarkan oleh majalah Perancis popular iaitu Closer, di mana Chi dimiliki oleh pusat penerbitan Mondadori kepunyaan Berlusconi.

Kemudiannya pada Isnin, para peguam bagi pasangan diraja itu dijadualkan berada di mahkamah di Nanterre, Perancis bagi memohon injuksi terhadap Mondadori bagi melarang untuk penyebaran lagi imej yang dikatakan akan diterbitkan semula pada hujung minggu oleh sebuah tabloid dari Ireland. - AP

Artikel Lain