suria

Mahkamah Hamas Sabitkan Empat Lelaki Bersalah Atas Kematian Aktivis

BANDAR GAZA: Sebuah mahkamah Hamas mensabitkan empat lelaki bersalah kerana telah menyebabkan kematian seorang aktivis pro- Palestin Itali di Gaza.

Vittiorio Arrigoni telah diculik dan dicelik sehingga mati pada Mac 2011 oleh puak pelampau.

Insiden itu merupakan yang pertamanya di Gaza sejak kumpulan militan Islam merampas kawasan jajahan pantai pada 2007.

Pegawai kehakiman pada Isnin berkata, mahkamah tentera Gaza pada Sabtu telah mensabitkan dua lelaki bersalah kerana membunuh, yang memperuntukkan hukuman penjara seumur hidup.

Lelaki ketiga mendapatkan hukuman penjara 10 tahun kerana bersubahat manakala lelaki keempat disabitkan hukuman penjara setahun.

Dua lelaki lain membantu dalam pembunuh Arrigoni dalam pertempuran bersenjata pada tahun lepas.

Arrigoni tinggal di Gaza sejak 2008. - AP

Artikel Lain