suria

Lawatan Pertama Suu-Kyi Dalam Tempoh 24 Tahun

YANGON: Pemimpin pembangkang Aung San Suu Kyi pada Ahad berlepas ke Washington DC bagi lawatan pertama beliau ke Amerika Syarikat dalam tempoh 24 tahun.

Perjalanan 20 hari, dijemput oleh Setiausaha Negara Hillary Clinton, selepas sebelum ini melawat Thailand pada Mei dan Eropah pada Jun lalu.

Dalam pada itu, Suu Kyi bakal menerima Anugerah Pingat Emas AS Kongres yang merupakan penghormatan tertinggi awam, serta Anugerah Warganegara Global oleh Majlis Atlantik, New York.

Selain menghadiri forum kebebasan di San Francisco, beliau turut dijadualkan melawat warga Myanmar yang menetap beberapa bandar AS.REUTERS

Artikel Lain