Kanak-Kanak AS Makan Terlalu Banyak Makanan Bergaram - Dunia | mStar

Kanak-Kanak AS Makan Terlalu Banyak Makanan Bergaram

CHICAGO: Kanak-kanak di Amerika Syarikat (AS) makan makanan yang mempunyai kandungan banyak garam sebanyak yang dimakan oleh orang dewasa, kira-kira 1,000 miligram yang terlalu banyak atau sama jumlah dengan satu burger ham Big Mac MdDonald’s.

Kandungan garam yang berlebihan dikaitkan dengan tekanan darah tinggi, malah boleh dihidapi oleh kanak-kanak, tetapi kajian yang dilakukan oleh kerajaan berkata, mereka yang mengalami berat berlebihan dan obesiti antara yang berhadapan dengan risiko itu.

Kajian baru daripada Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit itu disiarkan secara dalam talian pada Isnin dalam jurnal Pediatrik.

Penyelidikan sebelum ini menunjukkan keputusan yang hampir sama bagi orang dewasa tetapi kajian mengenai garam, berat dan tekanan darah sukar didapati di kalangan kanak-kanak.

Penyelidik itu melihat data seramai 6,200 kanak-kanak AS yang berusia lapan hingga 18 tahun terlibat dalam kajian kesihatan kebangsaan dari 2003 hingga 2008.

Kanak-kanak terbabit ditanya sebanyak dua kali selama beberapa hari mengenai butiran kesemua makanan yang dimakan mereka untuk beberapa hari sebelum itu, dan pengkaji mengira jumlah pengambilan garam berdasarkan jawapan mereka.

Secara keseluruhan mendapat 15 peratus mempunyai tekanan darah tinggi atau tekanan darah yang sedikit meningkat yang dipanggil pra-hipertensi.

Bagi mereka yang makan makanan yang mengandungi banyak garam, mereka berhadapan risiko dua kali ganda menghadapi tekanan darah yang meningkat, berbanding dengan mereka yang hanya makan sedikit makanan bergaram.

Tetapi kanak-kanak yang mempunyai berat badan berlebihan atau mengalami obesiti, risikonya lebih daripada tiga kali ganda.

Kanak-kanak dan orang dewasa disyorkan untuk pengambilan garam atau sodium tidak lebih daripada satu suduh teh setiap hari, atau kira-kira 2,300 miligram.

Secara purata, kanak-kanak memakan makanan dengan kandungan 3,300 garam setiap hari. - AP

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Sufi selamat bergelar suami Nurulain

Timbalan menteri di JPM meninggal dunia