suria

Polis Sepanyol Tahan Empat Suspek Pengganas

MADRID: Menteri Dalam Negeri berkata, seramai empat orang ditahan di barat laut Sepanyol kerana disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan pro-kemerdekaan yang ganas.

Kementerian itu dalam satu kenyataan berkata, dua daripada mereka ditahan di sebuah trak kerera, dan dua lagi suspek ditahan pada awal Ahad.

Ia berkata, “pengganas yang disyaki” itu mempunyai kaitan dengan “the Galician Resistance”, sebuah kumpulan yang dahulunya dikenali sehingga November 2011 apabila seorang lagi anggotanya ditahan kerana memiliki bahan letupan.

Sepanyol mempunyai kumpulan nasionalis di Galicia, Catalonia dan rantau Basque, di mana kumpulan bersenjata ETA ini telah membunuh lebih 825 orang dalam kempen empat dekadnya untuk mendapatkan sebuah negeri bebas di timur laut Sepanyol dan barat daya Perancis. - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain